Friday, 28 October 2011

Kaulah Prince Sengal Di Hatiku!


Salam! Hai semua. This is my second cerpen! Hoped you liked it! Anyway...ENJOY! :)

Elle mencari-cari kelibat abangnya yang dikatakan akan menjumput dirinya di Lapangan terbang KLIA petang itu. “ Mana abang Qaisser ni? Muka aku dahlah sememeh, dengan barang-barang ni lagi. Dah macam orang nak lari rumah jer ni.”


     “ Sharifah Nia Elyana! Anak kesayangan Syed Nasree! Elle!” Jerit seorang lelaki yang sedang tercungap-cungap berlari kearah Elle.


     Mata dijulingkan keatas. Tanda menyampah dengan kehadiran abangnya yang lambat 20 minit itu. Perutnya sudah berirama lagu Bob Marley.


     “ Hah! Syed Qaisser As-sha’ari Anak kesayangan Puan Dian Yunita! Kenapa lambat? Orang dah lapar bebenor ni. Dahlah lapar, penat pulak tu! Memang sangat diadiktirikan ye!” Marah Elle. Marah yang dibuat-buat. Tak bolehlah marah betul-betul. Empat tahun tak jumpa abang beb! Rindu!


     Syed Qaisser buat muka tak tahu sambil tangannya menolak troli yang dipenuhi dengan harta benda milik adiknya ini. Entah apa-apa aja yang dibawak oleh budak ni. Dari sekecil-kecil barang sampai sebesar-besar barang mesti nak ada. Bak kata orang arab, La budda! Yaitu, mesti! Itulah diri sebenar Sharifah Nia Elyana! Very detail.


     “Bang, adik ape khabar? Okay tak? Dia masuk  Universiti mana ek? Elle lupalah.” Tanya Elle sewaktu bearada di dalam kereta Mercedes milik abangnya itu.


     Syed Qaisser buat muka tak puas hati dengan sikap kuat makan semut adiknya itu. Pelupa betul! Nilah Elle, benda-benda yang tak penting senang aje dia lupa.


     “ Adik okay je. Bahagia dapat study kat UIA. Tempat yang sama Elle dapat dulu tapi tolak mentah-mentah sebab Syed Akashah pun dapat UIA juga kan?” Sengaja dia ingin menguji adiknya dengan nama Syed Akashah.


     “ Oh ye ke? Adik dapat kos apa? ” Elle buat-buat tak dengar dengan Nama Syed Akashah tu. Allergik gitu!


     “ Kos Human Science.” Jawab Syed Qaisser.


     “ Oh, baguslah. Tak sabar nak jumpa Mummy, Daddy, Adik, Mak wa, Pak Habib, Monica dan Alex! Rindu sangat!”


     Syed Qaisser hanya tersenyum. Pandailah tu buat-buat tak dengar. Ingat abang tak tahu ke yang Elle sebenarnya benci sangat dengar nama Syed Akashah tu.
***
     Sudah seminggu Elle pulang ke Malaysia. Kini sudah tiba masanya dia mencari kerja. Dengan sijil Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari London, banyak peluang pekerjaan yang menanti dirinya.


     “ Kak!” jerit satu suara.


     “ Oh mak kau meletup!” Malaun mana ni main terjah-terjah? Hah! Kan dah mencarut tu. Notebook Sony Vaio berwarna hijau epal miliknya yang tercampak diatas sofa diambil. Insan yang menyergahnya itu dijeling geram.


     “ Alaaaa, akak! Sorry eh! So sorry. Tak sengaja.” Mia, adik bongsunya yang manja itu lantas meminta maaf. Tahu bahawa kakaknya itu sedang marah. Pantas sahaja rosy cheeks kakaknya itu dicium.


     “ Eee, pergi mandilah Mia. Dahlah tak mandi, ada hati nak cium-cium orang. Tak ada kelas ke hari ni?”


     “ Ada, pukul sebelas. Relaks lah kak. Baru pukul 8.30 ni. Yang akak ni pagi-pagi dah bangun, siap-siap ni kenapa? “ Pipi Elle dicium lagi. Dan lagi. Dan lagi.


     “ Sharifah Mia Syuhada! Rimaslah! Pergi mandi! Akak cakap pergi mandi! Mandi! Go! Go!” Adiknya itu dipukul dengan kusyen kecil. Punggung kecil itu dipukul-pulkul dengan tangan.


     “ Yalah yalah, Mandi. But, wait a minute. Dah seminggu akak kat sini. Penat-penat belajar kat London Bridge is falling down tu tapi takkan nak tanam anggur kut?”


     “ Sibuk betullah budak kecik ni. Akak nak cari kerja lah ni. Kacau betul.”


     “ Ye ye aje akak ni. Adik dengar semalam Daddy minta akak tolong abang. Tak payah nak susah-susah tipu dengan CNN rumah ni.”


     “ Hampeh!” Jerit Elle sambil menjelirkan lidah kepada Mia.


***


     Bahagianya kerja kat syarikat perusahaan ayah sendiri. Kita yang jadi bos! Ops! Terlebih sudah. Kita ni anak bos aje, bos tetap bos!


     Lagu Jar of Heart nyanyian Maddi Jane berdering dari I-Phone milik Elle.


     “ Kak Elle, boleh tolong ambil adik tak petang ni? Dalam pukul enam gitu? Boleh eh? Thanks!” Tet.Tet.Tet.Talian diputuskan.


     Kurang asam punya  budak kecik. Belum sempat aku jawab dia dah matikan. Nanti dia, tunggu lah dia balik nanti. Aku sekeh-sekeh kepala dia. Nak lagi seronok, aku ajak abang sekali. Abang sekali sekeh berbisa beb!


     Kereta Honda Vios merah cili diparkir betul-betul pada tempat yang disuruh oleh Mia. Geram betul makcik ni. Suka hati aje main arah-arah. Dia ingat aku ni orang gaji dia ke?


     Tok! Tok! Tok!


     “ Keluar Nia! Keluar sekarang!” Laung Syed Akashah dari luar keretanya.


     Apahal mamat ni? Paksa-paksa aku keluar? Dah sewel agaknya?


     Perlahan-perlahan Elle keluar dari keretanya. Lelaki dihadapannya itu ditenung. Tangannya kemas memeluk tubuh.


     “ Apa yang kau nak ni?” Soal Elle. Malas mahu melayan sebenarnya.


     “ Saja. Aku rindu kau. Rindu sangat. Rasa macam nak peluk aje. Tapi tak halal lagi. Apa kata kita kahwin aje? Kau datang sini sebab rindu aku kan?”


     Elle menjulingkan matanya keatas. Menyampah! Rindu amendenya? Aku datang sini sebab nak ambil adik aku lah mangkuk! Tak ada kaitan langsung dengan kau tahu tak? Kau tu siapa aku nak rindu?


     “ Kak Elle!” jerit Mia.


     “ Hah, Mia. Here’s your Matric card, wallet, phone and everything is in this bag. Tuala wanita pun ade. Hahaha.” Syed Akashah memulangkan kembali harta benda milik Mia. Dia juga telah mengugut Mia supaya dapat bertemu mata dengan Sharifah Nia Elyana yang meninggalkannya empat tahun dahulu.


     Elle mengarahkan Mia untuk masuk ke dalam kereta. Sepantas kilat budak kecik tu masuk. Takut bebenor budak ni.


     “ Eh, kurang ajar eh kau! Kau buat apa kat adik aku? Eh, kau blah sebelum, sebelum aku….”


     “ Sebelum apa Nia? Sebelum apa?” Syed Akashah menyoal.


     Aduh! Sebelum apa? Aku ni dah lah tak tahu apa-apa seni mempertahankan diri. Silat? Tak tahu. Taekwando? Haram. Judo? Zero! Adeh.


     “ Kalau kau nak tahu, aku bukan sahaja pergi belajar kat London tu tau, aku menuntut ilmu-ilmu hitam dengan Queen Elizabeth tau. Jangan sampai aku santau kau! Hah! Takut tak? Takutlah tu.”


     Syed Akashah tergelak mendengar bicara gadis itu. Pergelangan tangan Elle yang kecil itu ditarik sehingga ke kafe. Berpasang-pasang mata tertumpu kearah mereka. Elle meronta-ronta meminta dilepaskan. Buat drama betul mamat ni. Tahulah senior, tapi boleh tak hormat sikit kepada perempuan macam aku ni? Memang dasar bukan gentleman!


     “ Maaflah saudara, tolong jangan buat kacau boleh? Saya nak makan ni.” Celah seorang lelaki. Matanya masih tertumpu pada nasi diatas pinggannya.


     Sepinggan Nasi, sebiji telur dan sayur kangkung. Boleh kenyang ke mamat ni makan macam ni? Ini mesti kes duit surut tengah bulan ni.


     “ Eh, kau jangan sibuklah Aiman. Ni masalah aku dengan bini aku ni.” Marah Syed Akasyah.


     “ Kut iya pun ada masalah laki bini, settle kat rumah can you? Please don’t make a scene in public. Public nuisance betullah.” Selamba sahaja lelaki itu berkata.


     “ Eh, Encik! Encik, saya ni bukan bini dia. Dia ni ada masalah penyakit perah santan yang amat kronik. Dah level last sekali. Encik, tolong saya encik, dia ni gila.” Elle merayu kepada lelaki bernama Aiman itu. Mukanya didekatkan dengan muka lelaki itu.


     “ Ada aku kisah? Yang aku kisah sekarang ni aku nak makan dengan aman.” Kata Aiman lagi. Nasi yang berada dimulutnya menyembur-nyembur ke muka cantik milik Elle.


     “ What the…Pengotornya kau ni. Habislah muka aku! No manners betullah!” Marah Elle.


     “ Nia! Tak payah nak layan si Aiman Aisberg ni. Kita ada banyak benda yang perlu dibincang ni.” Syed Akasyah mencelah.


     “ Eh, kau ni tak belajar manners ke? Otak letak mana? Say sorry!” Marah Elle lagi.


     Aiman Haziq memandang malas kearah Elle. “ Sorry.” Jawab lelaki itu. Nasi masih menyembur ke muka Elle. Bunyinya pula MasyaAllah. Tak ada bunyi keikhlasan langsung.


     “ Hei! Ish! Menyembur lagi! Ikhlas sikit boleh tak? Hei! Ni yang aku pantang ni.”


     Aiman Haziq bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi. Elle yang masih tidak berpuas hati mengejar lelaki itu. Bahu lelaki itu ditepuk-tepuk. Geram tak terhingga. Syed Akasyah? Lantak lah mamat tu. Bak kata Aiman, ada aku kisah?


     “ Eh, what is wrong with you? Have some pride. Tak malu ke sentuh-sentuh aku? Mana ciri-ciri wanita timur kau hah? Harap pakai tudung, perangai macam orang utan. Muka nasiblah lawa, tapi kalau muka lawa akhlak buruk, dah macam orang utan pakai tudung aja rupanya!” Tengking Aiman Haziq.


     Berdesing telinga Elle mendengar mamat sengal ni menengkingnya. Dia pun dengan senang hati membuat serangan balas. Mana boleh kalah dengan lelaki ni beb.


     “ Oi! What’s wrong with you? Have some manners. Tak malu ke makan sembur-sembur kat muka aku hah? Harap aje…em? Harap aje amik kos undang-undang, tapi macam orang tiga suku. Muka dahlah tak kacak perangai buruk pulak tu. Sendiri mahu ingatlah wei!” Tengking Elle pula. Sempat pula tangannya mencapai kad matrik lelaki itu. Sebab itulah dia tahu lelaki itu mengambil jurusan undang-undang. Kalau tak pakai sembur aje dia ni.


     Tiba-tiba….


     “ Ouch!” jerit Elle.


     Telinganya dijentik oleh Aiman dan lelaki itu dengan selamba tenuknya melangkah pergi meninggalkan Elle termangu-mangu sendirian disitu. Hampeh punya mamat sengal!


***


     No I can’t take one more….steps toward you~


     “ Yes mummy? Em, elle kat Sogo ni. Kenapa mummy? Oh. Okay.” Talian dimatikan.


     Ish! Tak puas hati betul. Hari ahad pun ada kelas ke? Nampak beno menipunya si Mia ni. Susah betullah adik bongsu aku ni. Baru kemalangan sekali dah trauma.  Dah takut nak pegang stereng. Patah tangan aje kut? Bukan koma sebulan. Bila diungkit kisah lama mulalah nak menangis. ‘Adik memanglah patah tagan aje. Tapi impak trauma dalam diri tu, kesannya begitu mendalam.’ Sharifah Mia Syuhada  memang anak yang manja!


     Emm, baru pukul 3. Mummy cakap pukul berapa tadi eh? Shopping dululah baru jemput Mia. Lama lagi ni.


     Kereta diparkir ditempat biasa. Nombor telefon Mia didail. Beberapa saat kemudian panggilan dijawab.


     “ Hello, where are you Mia?”


     “ Hello, emm. Home?”


     Kat rumah budak ni rupanya? Ni apahal pulak ni? Boikot aku pulak ke?


     “ What? Home? Are you kidding me Sharifah Mia Syuhada?” Elle nilah, kalau marah sebut nama penuh terus!


     “ Yup! Home. Akak tahu tak dua jam Mia tunggu akak. Dua jam kak! Telefon tak angkat, text tak balas. Buang I-Phone dan Blackberry tu semua. Mia balik naik Abang Kasyah. Dia ada kat rumah ni. Mummy ajak dia makan malam. Kalau tak suka balik lewat malam ni.” Pesan Mia.


     “ Mia. Sorry. I-Phone was in silent mode. Mia, sorry.” Hish! Nak cakap apa lagi ni? Sorry ajelah yang aku boleh fikirkan sekarang. Syed Akasyah tu memang bebal lah!


     “ It’s okay. Tapi lain kali jangan buat lagi tau. Eh, gotta go. Mummy panggil and ingat! You didn’t hear this from me!” Mia mengenyitkan matanya. Macam lah kakak kau nampak. Poyo aje lebih Mia ni.


     “ Okay Mia!” Elle pun turut mengenyitkan mata. Dua-dua sengal. “ Once again, thanks! Nanti kalau mamat gatal tu dah balik call akak tau!”


     “ Yalah. Adios!” Tet! Talian dimatikan.


***


     Eh? Ni bukan si capital S sengal tu ke?


     Pin! Pin!


     Mamat sengal buat tak tahu.


     Pin! Pin! Pin!!!


     Mamat sengal buat dek.


     Pin! Pin! Pin! Pin! Pin!!!


     Mamat sengal buat cerdik!


     “ Ni siapa pulak yang sewel ni pergi hon-hon aku yang memang dah terang lagi nyata jalan kat tepi jalan. Aku bukannya jalan kat tengah-tengah dunia!” Gumam Aiman Haziq sendirian.


     Pintu kereta dikuak. Elle keluar dari keretanya. “ Hoi sengal! Kau ada hutang dengan aku tau tak?”


     “ Ya Allah! Si sewel ni lagi. Kau nak ape lagi sewel?” Malas aku nak melayan si sewel ni. Tak balik aku nanti. Mesti Mak risau aku tak balik-balik ni.


     “ Kau ada hutang dengan aku! Hutang permohonan kemaafan!”


     Amboi makcik ni? Dahlah jerit-jerit macam gila. Siap cekak pinggang macam mak aku pulak. Huh! Teringat nostalgia lama. Mak selalu buat macam tu bila aku dan abang tak nak masuk rumah sebab syok sangat main bola.


     “ Eee! Kan aku dah cakap sorry? Apa lagi kau nak?”


     Elle menggelengkan kepalanya berkali-kali. “ I want a real apology! Not that kind of sorry. Not sincere at all!”


     “ Tak nak lah. Dahlah wel, aku nak balik ni. Selamat tinggal sewel! Dada….”


Wel? Shortform bagi Sewel? Macam lah nama aku ni sewel. Kurang ajar mamat ni!


     “ Nama aku Sharifah Nia Elyana! Kau boleh panggil aku Elle! Bukan sewel! Elle! Elle! Elle!” kakinya dihentak-hentakkan.


     “ Elle? Elle dengan sewel kan lebih kurang aje. Kira sama lah tu. Dah lah, jangan ganggu aku!” Dengan penuh selamba Aiman Haziq melangkah pergi.


     Beg yang digalas oleh Aiman Haziq ditarik kuat oleh Elle. “ Where is that sincere apology I want to hear? Mana? Tak dengar pun?”


     “ No!”


     “ Yes!”


     “ No!”


     “ Yes!”


     “ No! N.O! No!”


     “ Yes! Y.E.S! Yes!”


     “ Eih? Lantak kaulah sewel!”


     Oh? Lantak aku? Sewel? Mmm. Kau tunggu Aiman Haziq!


     “ Tolong! Tolong! Tolong saya! Dia ni dah rogol saya! Sekarang saya dah mengandung. Dia tak nak bertanggungjawab. Tolonglah. Dia dah sedap lepas tu nak buang saya macam tu. Habis lollipop batang dia dibuang sesuka hati! Huwarhhhhahahaha! Habislah tak berbapa anak saya. Saya tak sanggup, lebih baik saya bunuh diri! Saya tak sanggup!” Jerit Elle dengan lantang.


     Berdesing telinga Aiman Haziq mendengar tuduhan tak berasas Elle itu. Malu dia dengan orang ramai yang sedang bersembang diwarung berdekatan. Ini kalau pelajar-pelajar lain dengar mahu malu tujuh keturunan dia. Nasib baiklah mereka berada diluar kawasan kampus.


     Tangan Elle ditarik lalu tubuh kecil itu disumbat ke dalam kereta gadis itu. Tergolek Elle diatas kerusi penumpang. Aik? Siapa yang nak drive? Takkan mamat sengal tu? Eh?


     Belum sempat Elle berteka-teki, pedal kereta sudah ditekan oleh Aiman Haziq. Aiman Haziq kalau dapat stereng dalam keadaan geram memang Highway ni milik Encik Najiblah. Kecut perut Elle apabila Aiman Haziq sudah memecut laju. Diam tak berkutik langsung.


***


     Si sengal ni memang betul-betul sengal. Yang dibawanya aku sampai Klang ni dah kenapa? Aku duduk kat Shah Alam! Ish! Tak paham langsung!
     “ Err? Kau bawa aku ke mana ni?” Akhirnya dia berani bersuara apabila Aiman Haziq tiba-tiba menjadi pemandu berhemah yang sangat berdisiplin di atas jalan raya.


     “ Aku nak balik rumah. Rumah aku kat Klang. Kenapa ada masalah?” Soal Aiman Haziq dengan sinis.


     “ Hah? Saya nak balik nanti macam mana? Dah maghrib ni pun. Yang awak pandai-pandai bawa saya sampai Klang ni apa kes? Eii! Saya nak baliklah.”


     Rimas Aiman Haziq dengan muka sememeh mina sewel ni. Kadang-kadang lucu juga perempuan seorang ni.


     “ Kau solat lah kat rumah aku. Apa susah. Lagipun aku kan dah rogol kau. Apa kata malam ni aku rogol kau lagi. Barulah boleh dicop sebagai perogol besiri. Kalau kau mengandung nanti pun jangan risau. Aku akan bertanggungjawab sepenuhnya, sayangku sewel!”


     Mak! Kata-kata Aiman Haziq sebentar tadi amat menggerunkan sehingga ke tulang hitam. Naik tegak bulu roma Elle pada saat itu. Tapi hilang romantik sebab dia panggil aku sewel.


     “ Kenapa kau tenung aku macam tu? Tahulah aku kacak, macho, gaya mutu keunggulan.” Aiman Haziq memuji dirinya sendiri.


     “ Kepala hotak awak! Awak tolonglah jangan buat saya sedih. Sayu, hiba dan sendu aje hati ni mengenangkan nasib awak yang terlampau terdesak memuji diri sendiri tu. Sedih bangat tahu! Saya nak baliklah. Rumah saya kat Shah Alam je tu. Baliklah. Baliklah. Baliklah jum? ”


     “ Aku nak baliklah ni. Balik rumah aku. Lepas tu kau akan tahu nasib kau.”


     Gulp!


***


     “ Keluar. Solat Maghrib lepas tu dipersilakan balik ke rumah kau semula.” Arah Aiman Haziq.


     Eh, eh. Pakcik ni dia ingat dia warden zaman sekolah dulu ke? Ikut suka hati abah dia aje nak arah-arah aku. Tiba-tiba keluar seorang wanita dalam usia lingkungan pertengahan 50-an.


     “ Ziq, anak mak. Kenapa lambat sangat balik. Eh? Ni siapa ni?” Makcik Hamidah bersuara.


     “ Entah lah mak. Dia nak sangat ikut Ziq balik. Ziq bawa ajalah. Dia ni sewel sedikit mak. Hati-hati tau.” Jawab Aiman Haziq. Begnya dikeluarkan dari kereta seraya menyusun langkah menuju kerumahnya.


     Sakitnya hati aku dengan si sengal ni! Depan mak dia boleh lagi dia cari pasal. Apa punya manusia lah.


     “ Apa tercegat lagi tu? Masuklah. Dah maghrib belum? Kalau belum boleh jemaah dengan Haziq.” Lembut Makcik Hamidah menjemput Elle masuk.


     Usai solat berjemaah dengan Haziq, Elle dijemput makan malam oleh kedua ibu bapa Aiman Haziq. Malu! Segan pun ada.


     “ Makanlah yang ditenungnya si Haziq tu bukannya boleh kenyang pun Elyana.” Tegur emak Aiman Haziq.


     Mana aku tidak tenung anak dia. Boleh cair aku ketika Aiman Haziq ni membaca surah-surah ketika solat Maghrib tadi. Dari sebutan sampai makhrajnya, semua perfectlah! Untunglah Puan Hamidah dan Encik Najib dapat anak macam Aiman Haziq ni. Untung juga bakal bini dia.


     “ Yalah makcik. Anak Makcik ni kacak sangat. Tu yang saya tenung smpai tembus tu.” Jawab Elle tanpa tapis. Direct! Aduh! Gelojohnya kau Elle!


     Tersembur nasi dalam mulut Aiman Haziq dan sekali lagi, muka Elle dipenuhi nasi dari mulut lelaki yang bernama Aiman Haziq.


***


     Seminggu selepas menjejakkan kaki ke rumah Aiman haziq, Elle bagaikan dilamun perasaan cinta yang melampau. Tanpa disuruh dia dengan rela hati menjadi pemandu peribadi Mia. Ini adalah salah satu taktik untuk bersua muka dengan Aiman Haziq. Tapi yang dijumpai hanyalah kelibat Syed Akasyah. Bayang-bayang Aiman Haziq langsung tak nampak.


     Mia dan juga Syed Qaisser sudah tahu akan hal ini. Mereka bertiga tidak pernah berselindung antara satu sama lain. Itulah yang membuatkan mereka rapat.


     “ Kak! Kak Elle! Tu! Tu! Abang Aiman!” Jerit Mia.


     “ Mana? Mana?” Elle jadi gelabah tak tentu fasal.


     “ Ish! Akak, control ayu sikit. Eh, tu! Kenapa Abang Kasyah cekak kolar baju Abang Aiman? Bergaduh ke?”


     Tanpa berfikir Elle terus melangkah keluar dari keretanya. Apa pulak si Akasyah ni nak main cekak-cekak kolar dengan  Haziq aku ni? Cett! Haziq kau ke Elle?


     “ Danny cakap kau naik kereta dengan dia. Kau yang drive. Apa hubungan kau dengan dia hah?” Merah mata Syed Akasyah memuntahkan amarah kepada Aiman Haziq.


     Aiman Haziq pada dasarnya malas mahu melayan karenah teman sekuliahnya itu. Tapi kalau dah berlanjutan sehingga seminggu, naik sesak nafas dia bila si Syed Akasyah ni mengikuti kemana sahaja dia pergi.


     “ Dah terherot mulut aku ni cakap aku tak ada apa-apa dengan si Elyana tu. Tak ada apa-apa. Nothing!“ Haish! Malas betullah.


     “ Apa? Elyana? Oh. So sweet. Manisnya kau ni sampai nak kencing manis aku mendengarnya!”


     “ Syed Akasyah Syed Adam! Apa masalah kau ni hah?” Marah Elle.


     “ Masalah aku adalah kau! Kenapa kau tak terima aku hah? Dulu kau pernah nak tangkap cintan dengan aku kan? Tapi kenapa kau blah macam tu je? Aku cintakan kau Nia! Cintakan kau! Takkan simple things macam tu pun kau tak boleh nak faham?” Lirih suara Syed Akasyah.


     Elle mendengus geram. “ Cinta kepala hotak kau! Kau kata cinta. Kau kata sayang. Tapi belakang aku kau tidur dengan Rose! Bermakna ke cinta kau tu? Cakap dengan aku bermakna ke? Kau tu pelakon anugerah skrin terhebat! Kalah Rosyam Nor dengan Shaheizy Sam kalau kau dah berlakon!” Habis merah seluruh pancaindera yang berada diatas wajah Elle. Marah betul dia!


     Syed Akasyah meraup wajahnya.” Nia, aku cintakan kau Nia. I love you so much!”


     Aiman Haziq yang berada disitu hanya menjadi pemerhati babak cinta diantara Syed dan Sharifah ni.


     “ Kau lupakanlah aku Kasyah. Kau pergi cari Rose balik. Dia perlukan kau Kasyah. Dia dan anak kau perlukan kau.”


     “ Anak?” Soal Syed Akasyah bingung.


     “ Yelah, mangkuk! Anak! A.N.A.K.! Anak!” Aiman Haziq mencelah.


     “ Aku tahulah, pinggan! Betul ke tu anak aku Nia? Lelaki ke perempuan?” Soal Syed Akasyah lagi. Dia mahukan kepastian.


     “ Anak kau lah mangkuk! Dah besar dia. Lelaki. Dah empat tahun umur dia. Muka dia mirip sangat dengan muka kau.”


     “ Tak! Tak! Kau menipu Nia! Aku tahu, ni taktik kau nak lupakan aku. Tolonglah Nia. Tolong jangan racunkan otak kau dengan cerita-cerita macam ni.” Sambil meramas rambutnya Syed Akasyah berlalu pergi. Dah macam orang hilang akal pun ada juga.


     “ Laaa, pulak dah. Eh, aku cakap benda betul ni. Malas betullah aku dah cakap benda betul dia kata aku menipu pulak.”


     Aiman Haziq hanya menjongketkan bahunya. Malas nak campurlah tu.


     “ Err? Haziq. Awak free tak?” Soal Elle tiba-tiba.


     “ Em? Tak. Aku banyak kerja nak buat. Dah nak habis sem ni. Kenapa? Kau nak datang rumah aku makan free lagi ke?” Soal Aiman Haziq dengan selamba.


     Elle menarik nafas sedalam-dalamnya. Susah betul bercakap dengan lelaki tak ada perasaan macam ni.


     “ Tak adalah. Saya kalau boleh nak solat jemaah dengan awak. Boleh?”


     Aiman Haziq merenung Elle dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Apa kena dengan minah ni? Dah jatuh cinta dengan aku ke? Parah perempuan ni.


***


     Mia berjalan mendekati Aiman Haziq. Salam diberikan. Salam dijawab dengan ringkas dan padat.


     “ Nak apa?” Soal Aiman Haziq.


     Hih? Kenapa abang Aiman ni personaliti dia macam ni? Ni ke lelaki idaman kakak aku? Sedih rasa dengar intonasi suara dia.


     “Abang Aiman kenalkan kakak saya? Sharifah Nia Elyana.” Mia memulakan muqaddimahnya.


     “ Kenapa dengan perempuan tu?”


     Kalau cakap elok-elok tak boleh ke Abang Aiman ni? Dah macam orang datang bulan aje.


     “ Akak saya tu. Dia. Dia…Dia, emm? Dia…”


     “ Dia apa!” sergah Aiman Haziq.


     “ Dia kalau tidur tak sedar diri!” Alamak Mia! Tersasul pulak!


     “ Hahahahaha.” Gelak besar Aiman Haziq dengan adik Elyana ni.


     Amboi? Gelak kau ye abang Aiman. Kakak aku dah macam orang hilang laki kat rumah tu dia boleh gelak-gelak lagi?


     “ Kau tak payahlah susah-susah cakap. Aku tahu kakak kau tu dah lama jatuh cinta kat aku. Aku ni walaupun tak seputih susu, tapi kulit aku macam Beyonce. Chocolate brown gitu. Body pulak tinggi. Tough lah katakan. Bibir pulak mengalahkan Scarlett Johansen keseksiannya. Telinga ni pulak kalah Astro! So, aku tak hairanlah kakak kau tu tangkap cintan dengan aku.”


     Ak enna. Kerek lah pulak mamat seorang ni. Tapi betul juga apa dia cakap. Boleh tahan apa abang Aiman ni. Sesuai sangatlah tu dengan Kak Elle.


     “ Kau cakap dengan kakak kau tu, ahad ni aku nak jumpa. Mines. Pukul 2 petang.”


***


     Mamat ni tak ada tempat lagi jauh ke? Kenapa tak dating kat Melaka je terus? Haha. Nasib baiklah aku suka. Kalau tak harapanlah aku nak menapak sampai ke Mines ni.


     Burger yang dibeli di A&W digigit. Emm. Yum! Yum. Rootbeer disedut. Ais Cream Vanilla disudu. Wah! Enaknya.


     “ Elyana? Maaf lambat. Aku pergi solat tadi. Kenalkan, ni Delaila. Eila, ni Elyana.” Aiman Haziq menegur Elle.


     Tangan dua gadis itu bertaut.


     “ Hai. Saya Delaila. Boleh panggil Eila je. Tunang Haziq.”


      Berkecai sekeping hati milik Elle bila Delaila mengenalkan dirinya. Tunang Haziq? Ya Allah. Aku jatuh cinta dengan tunang orang. Makanan yang masih bersisa dimulut ditelan. Pahit rasanya. Merah mukanya menahan rasa. Malu. Sedih. Marah. Semua bercampur.


     “ Ahh. Saya Elyana. Kenalan Haziq. Eh, saya ada hal lah pulak. Saya nak jemput adik saya dulu. Nice to meet you Eila. Thanks Haziq.” Pedih. Itu yang dirasakan oleh Elle. Tanpa dipinta air matanya jatuh ke lantai Mines yang menjadi saksi akhir sebuah cinta itu.


     “ Sepupu aku ni sengal gila! Argh! She is so pretty Ziq. But why?” Soal Eila.


     “ Because I’m in love with her. Deeply in love. This is not the right time. Masih jauh lagi perjalanan aku, Kau tahukan aku dah nak graduate. Aku nak buat yang terbaik. Kau pun tahu hidup kami ni sederhana. I just want’s the best for all of us, Eila. She’ll just be a distraction for me to achieve my goals. Aku kalau dah jatuh cinta memang komited habis. Ingat tak kes Leesa dulu? Kau pun tak sanggup nak pandang muka aku masa tu. Lagipun aku percaya dengan jodoh Eila. Kalau dia untuk aku, satu hari nanti mesti kami bersatu kembali. Aku yakin Eila. Yakin dengan takdir Tuhan. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk aku dan dia.” Perlahan Haziq mengeluh dalam hatinya.


***


     Dua Tahun kemudian.


     “ Sara! Sharifah Qaisara Haseena! Geramnya aku budak ni. Ada yang kena cepuk tengah-tengah Sogo ni. Ibu dah belikan baju rayakan tadi? Bagilah can Ibu nak cari perfume ni. Janganlah degil. Please. Nanti malaslah ibu nak bawa Sara jalan-jalan lagi. Sara duduk je dengan Papa.” Sakit hatinya apabila anak kecil itu enggan duduk diam. Lari ke sana ke mari. Aku ni juga yang macam orang gaji kejar dia hulu hilir.


     Adegan anak beranak itu diperhatikan oleh seorang lelaki dengan hati yang sayu. Dah ada anak rupanya dia. Cis! Aku tunggu dia punyalah sampai terseksa, dia boleh pula sedap-sedap membina mahligai. Aku juga yang mahligai syahdu!


     “ Papa! Papa!” jerit Sharifah Qaisara yang comel itu sambil memeluk seorang lelaki yang memakai satu suit lengkap. Berkot lagi. Dah macam peguam lagaknya. Macam jurujual pun ada. Hehe.


     “ Sara, tu bukan Papa. Maaflah Encik. Dia ni kalau Nampak orang pakai kot, tingi-tinggi mesti dia ingat tu Papa dia.” Tubuhnya direndahkan untuk mendukung Sara.


     Lelaki berkot itu dengan pantas mengangkat Sara. Anak kecil berusia dua tahun itu kini berada dalam pelukan lelaki berkot itu. Mata mereka bertentangan. Elle ternganga. Haziq ketawa.


     “ Aw..awak? Haziq? Awak ke tu?” Mimpikah? Pipinya dicubit-cubit.


     “ Ya. Sayalah Aiman Haziq Bin Najib. Kenapa? Tak percaya ke? Emm, awak makin cantik. Anak awak pun comel. Untunglah suami awak.” Kata Aiman Haziq. Aduh. Tersekat kerongkong ni.


     Sharifah Qaisara dihulurkan semula kepada Elle. Berat juga makcik kecik ni. Pipi yang memboyot itu dicium. Wanginya.


     “ Saya….” Elle mati kata.


     “ Saya pergi dululah. Datang sini pun saja-saja je. Ingat nak cari perfume. Tapi tiba-tiba rasa macam nak balik pulak. Saya doakan awak bahagia dengan insan tercinta. Assalamualaikum.”


     “ Waalaikumsalam. Wait! Jangan pergi dulu. We have to talk. Jom, Haziq. Sara nak makan cake tak? Kita makan cake eh?”


***


     Oreo Cheesecake diatas pinggan putih itu dipandang sepi. Lazat memang lazat. Tetapi putus seleranya melihat Elle menyuapkan Sara kek. Si kecil itu makan dengan berseleranya.


     “ So, how are you Haziq? Married? Where’s Eila? Takkan shopping seorang aja? Oh my god! Putus tunang ke?” soal Elle bertubi-tubi. Sengaja ingin menyakitkan hati Haziq. Lelaki ni mesti ingat aku dah bahagia. Kalaulah dia tahu.


     “ Same old Elyana. Cakap tak pakai filter. Kepoh mengalah mak Joyah Kampong Seberang.” AIman Haziq sakit hati dengan tutur bicara Elle. Macam menyindir aje bunyinya.


     Tergelak Elle mendengar jawapan daripada Aiman Haziq. “ Hahaha. Same old Aiman Haziq. Cakap tak pakau Bio Aura. Sinikal mengalahkan manusia yang paling sinikal dalam dunia ni.” Jawab Elle pula.


     “ Papa! Mama!” jerit Sharifah Qaisara. Terlonjak-lonjak anak kecil itu.


     “ Hai. Anak papa buat apa kat sini? Shopping dengan ibu Elle ke?” Seraya itu mengangkat Sara dari kerusi disebelah Elle. Syed Qaisser menggomol anaknya yang montel itu. Terkekek-keker budak montel itu ketawa.


     “ Abang buat apa kat sini? Dating eh? Kak Melia mana?” soal Elle. Aiman Haziq dipandang sekilas oleh Elle. Panas punggung ke bang?


     “ Hah Elle! Buat apa kat Sogo ni? Banyak borong?” celah Sharifah Amelia, kakak iparnya yang tersayang.


     “ Borong untuk Elle lah. Makcik kecik ni pun ade juga. Baju dia mesti sama warna dengan ibu dia. Ibu saudara paling hot gitu.” Ucap Elle sambil tergelak sopan.


     “ Ekhem!” Aiman Haziq bersuara.
     Elle memalingkan wajahnya. “ Abang, kak. Perkenalkan ni Aiman Haziq. My acquaintance.”


     Tangan kedua lelaki itu bertaut.


     “ So, inilah Aiman Haziq tu. Dah berkahwin ke belum?” soal Syed Qaisser.


     “ Belum. Kenapa?”


     “ Kerja apa?” Soal Syed Qaisser lagi.


     “ Peguam. Kenapa ya?”


     “ Bagus. Malam ni datang ke rumah. Makan malam. We have some serious business to talk about. Adik saya ni dah lama tunggu Prince Charming dia ni. Benda yang baik tak elok dilambat-lambat kan. Betul tak Haziq?” Kata Syed Qaisser sambil mengenyitkan mata.


     Merah bagai buah tomato wajah Elle disaat itu. Malu tak terhingga. Ya Allah. Aku memanjatkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana menemukan kembali cinta hatiku. Alhamdulillah.


     “ Uncle tak nak mamam kek tu ke?” Soal Sara tiba-tiba.


     “ That’s abah Haziq to you from now yeah Sara?” ucap Haziq. Pipi yang memboyot itu dicium. Hahaha. Pipi Sara dengan abah Haziq sama je. Tembam!


     Semua tergelak bahagia. Di Secret recipe, Sogo itulah menjadi saksi cinta yang putus bertaut semula. Ahh, bahagianya!


     Ah ah ah. Tunggu dulu. Mia masih lagi menuntut di Universiti. Tiada yang berubah. Macam itu jugalah hidupnya. Syed Qaisser pula as you can see, sudah berkahwin dengan Sharifah Amelia dan dikurniakan seorang anak perempuan yang comel. Syed Akasyah pula sudah belajar menerima hakikat. Dia pun sudah membina rumahtangga yang bahagia bersama teman baikku, Rose Serafina dan anak lelaki mereka, Syed Adam Rayyan. Aku? Aku pula akan mendirikan masjid yang terindah bersama Aiman Haziq yang merupakan Prince Sengal dihatiku. Babe, I love you!

P/s: Yes, tajuk dia agak CHEEZY n CHEEKY! Tp ada aku kisah? This is my short story, so it's totally up to me! Kan? Ape2 pun thanks fer still reading! :)

No comments:

Post a Comment